Ahlan wasahlan...

"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

Sunday, December 4, 2011
belum rezeki aku....
aku tak boleh berundur sekarang...
aku tak boleh menangis sekarang...
aku kena kuat..
mama dan baba..sangat mengharapkan aku..
aku tak boleh putus asa..
masa aku tak panjang...
aku perlu buat segera..
aku perlu ikut katanya...
bukan senang nak puaskan hati orang..
bukan senang nk bagi orang menerima apa kita buat
bukan senang.... nak jadi senang...
aku akan terus buat...sampai kerja aku diterima.....
Friday, November 18, 2011
From My Heart (27)
Hati tak selalu gagah
Nasib tak selalu mudah
Masalah tak pernah kan sudah
Rindu kan selalu parah
Diri kan menjadi gundah
Membuat airmata kan jatuh tumpah
Bila diri ini mulai pasrah
Hanya padaNya mampu berserah
Jangan dikesal yang sudah sudah
Agar masa depan kan tiba indah
Jangan sekali memandang rendah
Biar bumi letaknya dibawah
Kerna diriku tidaklah murah
Menagih janji tak sudah-sudah
Pada yang buat tak endah
Cekalkan diri menjadi tabah
Wednesday, November 16, 2011
From My Heart (26)
Adakah rakan bersamaku nanti
Aku tak punya cantik
Adakah lelaki bakal mendampingi
Aku tak punya suara merdu
Adakah sesiapa ingin berbual denganku
Aku tak punya pandai
Adakah aku diterima dalam masyarakat
Aku tak punya pakaian jenama mahal
Adakah mereka pandangku jelek
Aku tak punya kereta mewah
Adakah aku ketinggalan teknologi
Aku tak punya pangkat
Adakah sesiapa akan mendengar pendapatku
Aku hanya punya
Kepercayaan
Keyakinan
Keikhlasan
Kejujuran
Aku hanya punya
Kasih
Sayang
Cinta
Rindu
Aku hanya punya
Kesederhanaan
Keceriaan
Kesucian
Keimanan
Aku hanya punya
Tuhan Yang Maha Mengetahui, bukan menghakimi
Sekadar berdasarkan pandangan duniawi
Sedangkan akhirat yang paling hakiki
Aku tak punya apa-apa lagi di dunia ini
Sekadar menanti nasibku di dunia yang satu lagi
Dunia yang tak pernah berpenghujung lagi
Dunia yang aku nanti.
Sunday, November 6, 2011
random...
Thursday, October 27, 2011
nak meroyan tiba2....
nak luah perasaan yg terpendam..
maaf kalau ada yang terasa....
kalau yang terasa..jadikan peringatan...
jadilah yg terbaik.....
.
.
.
.
.
.
..
.
..............................
ak tak faham lelaki....
secara jujurnya mmg ak tak faham lelaki...
walaupun aku sendiri belajar untuk memahami....
Facts about man...are wrong...
tak ada gunanya kalau kita baca..
kita ikut..sesungguhnya..kita tidak akan memahami...
dan aku yakin..sebahagian dari lelaki ni..mudah sangat berubah..
sangat mudah..sangat...sangat ..sangat mudah.....
kenapa begitu???
tak bolehkah kalau strict to one..?
oh..lelaki....selalu buat aku kecewa...
kenapa begitu??
tak perlu nak berdolak dalih,
kalau benar..katakan benar...
kalau salah..mengaku yg benar..
tak susah...tak jugak senang...
mana ada benda yg mudah...
but..plss...jangan buat people annoying to u..
sekali kami rasa begitu..mungkin selamanya begitu..
selagi perangai tu tak berubah....
berubahlah...berubahlah...
jadilah lelaki yang bermaruah...
jangan selalu mainkan perasaan wanita...
jangan kamu rasa..kamu tu, rmai pminat..boleh buat gitu..
pls...sampai bila pun..kamu tetap akan begitu..kalau kamu tak berubah..
nasib aku belum lagi cuba menampar kamu..
kerana menjga maruah kamu....
kalau taknk orang lain bercakap tentang kamu..
plss...berubah.. aku menasihati sbb aku sayang kamu..
kalau tak..aku sendiri akan buat tak kisah...
who cares..kamu bukan sedara aku pun...
yang perlu aku amik kisah itu ini....
kalau kamu rasa..u in right way..buatlah apa yg kamu buat skrang
kalau kamu rasa..kamu dah bersalah..berhenti..dah berubahlah..
jangan bila sampai masanya..perkara yg tak dingini berlaku..
time tulah..baru nak mancri kawan ...minta tolong...
pikirlah perasaan orang lain...
dan bukan hanya mementingkan diri.....
sekian....
.....................
selesai... buat masa ini....
aku stressssssss buat masa ni....
Sunday, October 23, 2011
JPJ..oh JPJ
..........................................
dua orang gadis, baru pulang dari satu majlis...
planningnya mengikut jalan lain untuk pulang..
memandangkan jalan pergi nya tadi.. sgt sesak..
sedang berbual2 manja, berborak serius..
kereta di tahan oleh JPJ (roadblock)
Gadis : Yer, saya....
JPJ: Nak kemana??
Gadis: nak ke Kuala Terengganu
JPJ: dari mana ni?
Gadis: knduri kawen kawan,d Bukit Payung
JPJ: Minta lesen..
Gadis: (sambil memberikan lesen)
JPJ: Jauhnya datang ikut sini.. kenapa tak ikut jalan sana..(Jln datang nnya..)
Gadis: taklah..kami saja jalan2 ikut sini....tgk pemandangan...
JPJ: Universiti Malaysia Terengganu ... (sambil memerhatikan sticker di kereta)...belajar ker??
Gadis: taklah..kami staff disana...
JPJ:oo..staff... ok..boleh jalan...
Gadis: tapi lesen saya tu..takkan nk simpan kot..
JPJ: tak boleh simpan yer?? (sambil gelak2...)
Gadis: (dgn pndangan yg sinis)...
JPJ: drive baik2... yer...bye2..
......................
amboi2 korang JPJ...mengayat baik punye yer..mentang2 perempuan..kereta belakang takde plak nk tahannye.. lepas gitu je..ntah2..kereta blkang tu..mcm2 dibawanya...
plss..lah..buat kerja baik2.. buat org takut dgn korang..bukanye melayan gitu..plss... bertanggungjwb sikit...orang memandang..orang mengadu, orang buat aduan..baru korang tau....
Monday, October 17, 2011
Yang Indah Itu hanya Mimpi....?
bila bercakap tentang impian ni
kadang2 rasa konfius sama ada ianya (impian) tu
hanya mimpi mainan tidur atau diri yang sekadar berfantasi
berfantasi tentang sesuatu yg tidak pasti
kemudian bermimpi di siang hari
sambil berfikir adakah ianya akan menjadi satu realiti
memang kusut kepala apabila memikirkan persoalan2 ini
mampukah diri ini membezakan yang mana satu mimpi
yang mana satu fantasi dan juga dunia realiti??
sungguh berat rasa hati
alangkah bagus ape yang kita mimpikan
dan juga fantasikan di dunia khayalan kita menjadi suatu realiti
sungguh indah dunia di kala itu
tetapi alangkah sedihnya bila memikirkan
mimpi x kan pernah menjadi realiti
dan fantasi itu hanya untuk menjadi penghibur hati
impian hanya tinggal impian
fantasi hanya sebuah fantasi
mimpi hanya mainan tidur
dan realiti akan tetap terjadi
adakah mimpi untuk memilikimu hanya akan tinggal mimpi?
sesungguhnya realiti tidak berpihak kepada ku buat masa ini
mimpi, fantasi dan realiti tidak akan pernah menjadi sehati dan sejiwa
p/s:
untuk mimpi yg tak mungkin menjadi realiti...
Allah sahaja yang tahu...yg tersirat dan tersurat.....
berdoalah untuk yang terbaik...insyaAllah....
Saturday, October 8, 2011
When i need you....
Thursday, October 6, 2011
From My Heart ( 25): Bila Hati Berbicara
....................................
Kau tahu dia memainkan kau...
lagi kau mahu tebal muka pada dia???
kalau ko anggap dia kawan sekalipun...
kau tak patut abdikan diri kau hanya untuk dia..
sekarang ni, kau tgk, sapa yang sakit...
hatikau jugak yg sakit... aku...aku yang sakit..
aku yang menanggung siksa ko...
sapa yang menangis??? hati kau yang menangis....
aku..aku yang menangis...
cukuplah.. takkan kau nak buat aku menderita lagi?
aku tak tahan.. aku tak tahan melihat kau menyakitkan diriku...
aku nak kau gembira.. gembiralah aku...
aku dalam diri kau...
sakit kau.. tangisan kau..aku yang rasa....
kau pergi mana-mana..aku tetap ada dengan kau..
aku orang yg setia dgn kau...
aku tau..kau ingin satukan aku dengan hati yg lain...
aku tau niat kau sgt ikhlas...
tapi ak tak mahu hati org yg tak ikhlas...
aku tak mahu..kau berikan aku pada mereka yg hanya akan sakitkan hati..
sedarlah... aku takkan sedar..selagi kau tak bersihkan aku..
semua ini kerana kau.. nafsu terlalu mengongkong kau..
sampai kau tak mampu nak ikut kata aku...
kau terlalu mengikut kata nafsu...
sudahlah... aku mahu..kita jadi seperti dulu...
seperti waktu kau dan aku..gembira...
nafsu tiada menganggu...
hanya kau dan aku....
aku tahu... kau ingin bertenang...
buanglah nafsu dari akalmu..
agar aku bisa kuasaimu...
yang berada di sampingmu adalah aku..hatimu...
bukan nafsu..yang datang bila diriku kotor...
bertenanglah...kerana..aku juga ingin bertenang..
kawal akal fikiranmu... ingatlah Allah...
lepaskan dia.. itu yang terbaik....
kembalilah pd Allah..
sama kau bersihkan aku dan akalmu...
kerana aku yakin... aku, iaitu hati kau, pasti akan bertemu jua...
sabarlah...
Sunday, October 2, 2011
Convocation ..
Convocation... atau bahasa melayunya ,Konvokesyen ... ini adalah saat seluruh mahasiswa dan siswi meraikan kejaan menggengam segulung ijazah setelah hempa pulas belajar, assignment,menduduki exam , hadir ke kelas tak kira malam, siang, awal pagi, senja, berhujandan berpanas.. akhirnya dikumpulkan dalam satu majlis untuk mengurniakan penganugerahan yang begitu bermakna dalam hidup pelajar...
Aku, subjek untuk diri sendiri, telah konvokesyen pada tahun 2007 yang telah lama berlalu. namun kenangan itu yang paling bermakna... namun kini, 2011, ak msih belajar untuk ijazah kedua ku..insyaAllah...
apa yang ingin ku luahkan disini, keadaan semasa majlis konvokesyen ini berlangsung. riak muka pelajar masing2 ceria, gembira, tiada langsung rasa sedih atau berduka. sememangnya kita harus bergembira di saat ini ..kejayaan diri sendiri.. namun itu adalah keadaan pelajar itu sndiri. pernahkah terfikir kedaan keluarga mereka. latar belakang keluarga mereka, asal usulnya mereka. masing-masing ada yang datang dari bandar2 besar yang digelar Bandar Metropolitan, ada juga yang datang dari bandar atau pekan2 kecil, dan ada juga yang datang dari kampung-kampung pedalaman....
Pernah kita fikirkan dalam diri ibu bapa mereka? apa yang ingin ku huraikan adalah dari pemerhatianku sepanjang majlis konvokesyen ini..
Jika dilihat, keluarga yang datang ini, dari pelbagai lapisan, ada yang dari keluarga kaya, ibu bapa berpangkat dato' datin, dan ada yang datang dari ibu bapa mereka hanya bekerja kampung sahaja.
si ayah berpakaian segak, baju batik@long suit@berbaju melayu kemas beserta kasut hitam berkilat didampingi pulak dengan si ibu yang bertudung manik bersinar2, berbaju batik, bersongket, dihiasi pula dengan barang2 kemas bergemerlapan.. berkereta jenama, pastinya kita lihat mereka, datang dari keluarga yang berkemampuan. kebanyakan mereka ini hanya datang berdua , kerana mereka tahu, kad jemputan hanya untuk 2 orang sahaja. jadi mengapa perlu datang beramai2. si anak diberi jamangan bunga yang segar2 berserta anak patung yang besar. yang pastinya harga puluhan ringgit... datang meraikan kejayaan anak mereka.
menginap di hotel atau chalet2 ditepi pantai, masih sempat meluangkan masa membeli belah untuk dijadikan ole2 dibawa pulang. kita melihat keluarga ini, mereka sangat berkemampuan. alhamdulillah..itu rezeki mereka. Allah sudah takdirkan mereka berkemampuan untuk berbelanja.
tapi, bagaimana pula jika mereka ini, asalnya dari kawasan kampung atau dr keluarga peringkat bawahan, bila hanya seorang dari anak mereka bergraduan, yang datangnya, sangat ramai, bukan sahaja adik beradik sahaja, malah termasuk dengan makcik dan pakcik beserta keluarga masing-masing. yg bergraduan seorang, yang mengiringi hampir 2-3 buah kereta. masing2 datang bersama-sama untuk meraikan kejayaan ahli keluarga mereka.
bila ditanya, mereka datang dari jauh, sanggup duduk berpanas menunggu majlis tamat, sambil melihat anak sedara mereka menerima ijazah. katanya, inilah pertama kali mereka hadir ke majlis sebegini. bukan senang nak masuk universiti. bila dah berjaya, mereka sama2 datang meraikannya. kerana, salah seorang dari ahli keluarga mereka telah berjaya. kebanggan mereka terserlah. alhamdulillah, ada jugak ahli keluarga yang berkelulusan ijazah. itu kata mereka.
ada juga yang hadir cuma ibu ayah serta adik sahaja. yang lain terpaksa ditinggalkan. ada dari mereka ini yang terpaksa menyewa kereta, semata-mata untuk datang meraikan kejayaan anak mereka. jika mereka datang dari jauh, bertolaknya malam, tiba pagi2, dan terus menuju ke majlis, selesai majlis, terus pulang pada hari yang sama juga. kerana, kereta disewa, duit untuk makan dan minum beserta penginapan, tidaklah mampu. makanan siangnya, juga dimasak dr rumah untuk dibawa sebagai bekalan.
mereka ini, hanya hadir berpakaian t-shirt atau ada yang berkemeja lusuh dan hanya berselipar sahaja. kata mereka, inilah kebanggan mereka, walaupun hanya bekerja kampung, berselut, berlumpur, tapi, anak mereka juga berjaya. satu kampung pasti tahu. anak mereka bergraduat ijazah dari univerisiti. mengalir air mata mereka. menangis gembira kerana mereka tahu, latar belakang bukalnlah penghalang, dengan harapan anak inilah yang akan mengubah nasib keluarga mereka.
walau bagaimana sekalipun latar belakang mereka ini, dati hati mereka tetap ada sesuatu. iaitu kebanggaan..bangga dengan kejayaan anak mereka. tak kisahlh pada kelas berapa sekalipun, yang pasti mereka berjaya dan bergraduat. ini semua sudah ckup buat mereka. mereka tahu, mereka telah memberi pendidikan yang sempurna. tidak kisahlah melalui pendidikan dari luar atau dalam. kedua-duanya juga membuahkan hasil... Tahniah dan Alhamdulillah..
kita seharusnya bersyukur, kerana ibu bapa kita sangat mementingkan pendidikan, dan masih berkemampuan untuk memberikan pendidikan yang terbaik. jika hendak dibandingkan dengan dengan keluarga yang tidak mementingkan pendidikan. Kewangan cukup, tapi,, tidak pandai untuk mendidik anak mereka. hanya tahu, memberi wang jika diminta.
dan ada juga dari keluarga yang tidak mampu memberikan apa2 untuk anak2 mereka, walaupun pendidikan sekalipun. kerana tidak mampu untuk membeli pkaiaan sekolah, buku2, yuiran sekolah sekalipun... bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi...
beradanya kita di universiti, adalah untuk menuntut ilmu. tuntut lah ilmu sebaiknya dan gunakan sebaik-baiknya. kerana perkarta sebegini bukan mudah untuk kita perolehi..
Syukur...syukur...syukur ya Allah.... Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah....